oleh Al Ust. Abul Ala Maududi
Saudara-saudara sesama Muslim,
Dalam khutbah hari ini, saya akan menjelaskan kepada anda mengapa solat, yang manfaat-manfaatnya telah begitu banyak saya uraikan dalam beberapa pembahasan, tidak memberikan manfaat-manfaat tersebut. Mengapa boleh terjadi bahawa meskipun anda mengerjakan solat, namun hidup anda tidak menjadi lebih baik, akhlak anda tidak menjadi suci, anda tidak menjadi tentera Tuhan yang perkasa? Sebaliknya, orang-orang kafirlah yang menguasai anda, sedangkan anda semua berada dalam keadaan yang sengsara dan menyedihkan.
Mengapa boleh terjadi demikian?
Jawapan singkat terhadap pertanyaan-pertanyaan tersebut adalah: pertama, anda pada umumnya tidak mengerjakan solat, kedua, bila anda mengerjakannya, anda tidak mengerjakannya menurut cara yang digariskan oleh Allah dan RasulNya.
Kerana itu anda ridak boleh mengharapkan manfaat-manfaat solat tersebut, yang boleh mengangkat darjat seorang yang beriman kepada darjat yang setinggi-tingginya. Tetapi saya tahu jawapan ini tidak akan memuaskan hati anda. Kerana itu saya akan menjelaskan masalah ini secara agak terperinci kepada anda.
SEBUAH CONTOH: JAM
Anda tahu bahawa di dalam jam, yang tergantung pada tembok di depan anda itu, terdapat banyak bahagian-bahagian kecil yang saling berhubungan antara yang satu dengan yang lain. Apabila anda memutar kuncinya, maka seluruh bahagian-bahagian itu akan bekerja, dan bila bahagian-bahagian itu bekerja, maka hasil pekerjaan itu akan nampak pada piringan jam yang putih itu, yakni kedua jarumnya akan berjalan dan memperlihatkan setiap minit dan setiap detik yang berlalu.
Sekarang, marilah kita amati baik-baik. Tujuan dibuatnya jam itu adalah agar ia dapat menunjukkan waktu' yang tepat.
Dengan mengingati tujuan ini, dipasanglah di dalamnya semua bahagian-bahagian yang perlu untuk boleh menunjukkan waktu yang tepat. Bahagian-bahagian itu dihubungkan antara satu sama lain, sehmgga boleh bergerak serentak, dan setiap bahagian melakukan gerakan khusus yang harus dilakukannya untuk menunjukkan •waktu yang tepat.
Selanjutnya, sistem pemuutaran dibuat agar bahagian-bahagian mesin tersebut tidak tinggal diam sahaja, Tetapi terus bergerak mengulang-ulangi permutarannya. Jadi, apabila semua bahagian dihubungkan dengan tepat dan kuncinya diputar, maka barulah jam itu akan memenuhi tujuan untuk apa ia dibuat. Apabila anda tidak memutar kuncinya, maka jam itu tidak akan menunjukkan waktu yang tepat.
Apabila anda memutar kuncinya tetapi tidak menurut cara yang ditentukan oleh pembuatnya, maka jam itu pun tidak akan berputar, atau kalaupun ia berputar, ia tidak akan menunjukkan waktu yang tepat. Kalau anda membuang sebahagian dari mesinnya lalu memutar kuncinya, maka usaha anda itu juga akan sia-sia juga. Kalau anda menggantikan sebahagian dari mesinnya dengan bahagian-bahagian dari mesin jahit, lalu anda memutamya, maka jam itu pun tidak akan boleh menunjukkan waktu ataupun menjahit pakaian.
Apabila anda menempatkan semua bahagian-bahagian mesin di dalamnya, Tetapi hubunganDasar- hubungannya anda lepaskan, maka tidak satu bahagian pun yang akan bergerak, walaupun jam itu anda putar kuncinya berkali-kali. Soalnya, walaupun semua bahagian mesin jam itu ada di dalamnya, namun kehadiran mereka di situ tidaklah memenuhi tujuan dibuatnya sebuah jam, kerana anda telah mengacau-bilaukan susunan mereka serta hubungan mereka satu sama lain, yang akibatnya mereka tidak boleh bergerak bersamasama.
Dalam hal ini, walaupun wujud jam dan tindakan memutar kunci itu tidak ada gunanya, namun seorang pemerhati yang berada di kejauhan tidak akan boleh mengatakan bahawa jam itu bukanlah jam atau bahawa anda tidak memutar kuncinya.
Ia akan mengatakan bahawa bentuk benda yang ada di tangan anda itu memang adalah jam dan ia pasti mengira bahawa jam itu masih berguna. Sama halnya, apabila dari jauh ia melihat anda memutar kuncinya, maka ia akan menganggap anda memang berusaha sungguh-sungguh untuk membuat jam itu berfungsi sebagaimana mestinya.
Namun bagaimana usaha itu boleh mendatangkan hasil, kalau jam itu sendiri hanya nampaknya sahaja masih berupa jam, padahal sebenarnya sudah kehilangan sifatnya?
TUJUAN DIBENTUKNYA UMMAT ISLAM
Dari contoh yang saya sebutkan di atas tadi, anda boleh memahami situasi dunia Islam sekarang ini. Anda boleh menilai Islam berdasarkan analogi jam tadi. Tujuan jam tadi diciptakan adalah untuk menunjukkan waktu yang tepat, maka sama halnya dengan jam tersebut, tujuan Islam adalah untuk menjadikan kaum Muslimin di dunia ini sebagai wakil Allah, sebagai saksi Tuhan terhadap ummat manusia, dan sebagai penjunjung panji-panji kebenaran di dunia ini. Anda sendiri harus mengikuti perintah-perintah Allah, memastikan berlakunya perintah-perintah tersebut kepada semua manusia dan membuat mereka tunduk kepada hukum Allah. Tujuan ini telah dinyatakan dengan jelas dalam al- Qur'an:
"Kamu adalah ummat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah..."
(Al-Qur'an, Ali 'Imran, 3:110)
"Demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (ummat Islam), ummat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia..."
(Al-Qur'an, al-Baqarah, 2:143)
"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi..."
(Al-Qur'an, an-Nur, 24:55)
"Dan perangilah mereka, supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata bagi Allah..."
(Al-Qur'an, al-Anfal, 8:39)
AJARAN ISLAM ADALAH BERHUBUNGKAIT SEPERTI BAHAGIANBAHAGIAN MESIN JAM
Dalam Islam, semua ajaran-ajaran — seperti halnya bahagian-bahagian mesin jam — telah digabungkan sedemikian rupa sesuai dengan keperluan yang semestinya, demi untuk mencapai tujuan pembentukan ummat Islam. Kepercayaan terhadap agama, prinsip prinsip moral, peraturan-peraturan untuk urusan keduniaan, hak-hak Allah, hak-hak manusia, hak-hak perseorangan, hak-hak segala sesuatu di dunia, peraturan-peraturan mencari penghidupan dan membelanjakan harta, hukum perang dan damai, undangundang pemerintahan dan cara mematuhi pemerintah Islam — semua ini adalah sama dengan bahagian-bahagian dari suatu jam yang saling berkaitan satu sama lain dalam suatu rangkaian yang padu, sehingga begitu kunci diputar, maka setiap bahagian akan berputar dan menjalankan fungsinya masing-masing.
Dan hasilnya, kekuasaan ummat Islam dan hukum Tuhan akan tertegak di atas dunia ini, dan akan hidup terus-menerus menampakkan dirinya, sebagaimana hasil putaran kunci pada sebuah jam.
Untuk memasang sebuah jam dari pelbagai bahagian komponen yang berbeza-beza itu,diperlukan beberapa mur dan baud serta potongan-potongan logam yang kecil. Demikian pula halnya Islam, Islam harus memasang komponen itu menurut urutan dan susunan yang tepat, yang dinamakan nizam al-jema’ah.
Di kalangan ummat Islam harus ada seorang pemimpin yang mempunyai pengetahuan yang tepat tentang Islam, memiliki kesalehan yang tinggi serta otak yang cemerlang, dan seluruh ummat harus bersama-sama membantu dan mentaati perintahnya.
Dengan kekuatan Seluruh ummat, ia harus memastikan berlakunya hukum-hukum Islam dan mencegah orang dari melanggarnya. Dengan cara begini, ketika semua bahagianbahagian ajaran Islam telah terpasang dengan susunan yang tepat dan padu, maka untuk menggerakkan ajaran-ajaran tersebut dan membuatnya tetap berjalan, diperlukan pemutar kunci. Dalam hal ini dilakukan oleh solat yang dikerjakan lima kali sehari.
Kemudian diperlukan pula alat untuk membersihkan "jam" Islam ini, dan untuk tujuan ini, puasa merupakan pembersih yang dilakukan selama sebulan penuh, iaitu pada bulan Ramadhan.
Selanjutnya, "jam" ini juga perlu diminyaki. Zakat adalah minyak yang digosokkan pada komponennya sekali setahun. Minyak ini tidak diambil dari luar, Tetapi komponenkomponen itu sendiri yang harus mengeluarkannya; dan setelah komponen-komponen itu diminyaki, maka jam ini akan berputar dengan lancar. Di samping itu, jam ini perlu dibaiki secara keseluruhannya. Haji adalah pekerjaan yang seperti ini yang harus dikerjakan sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Jika sering dikerjakan, maka semakin baik.
MENGUMPULKAN KOMPONEN YANG TIDAK ADA HUBUNGANNYA ADALAH TIDAK BERGUNA
Sekarang anda mesti memperhatikan bahawa proses pemutaran kunci, pembersihan, peminyakan dan pembaikan keseluruhan ini hanyalah berguna, kalau semua komponen jam itu ada dalam badanya. Atau kalau setiap komponen dikaitkan dengan komponenkomponen yang lain sesuai dengan susunan seperti yang sudah ditentukan oleh tukang pembuat jam itu, semuanya disesuaikan sedemikian rupa, sehingga ketika kunci diputar, komponen-komponen itu berputar dan memperlihatkan hasilnya. Akan. tetapi dalam tubuh kaum Muslimin sekarang ini, situasinya tidaklah demikian halnya. Pertama-tama, nizam al-jema’ah yang merupakan wadah ajaran-ajaran Islam itu sendiri sudah tidak ada.
Akibatnya, semua komponen Islam jadi bercelaru dan terlepas dari kaitannya satu sama lain. Sekarang ini, setiap orang melakukan apa sahaja yang disukainya sendiri. Tidak ada orang lain yang mempersoalkannya. Setiap orang bebas berdiri sendiri. Kalau mahu, boleh mengikuti hukum Islam; kalau mahu, boleh tidak. Tidak cuma begini sahaja, banyak orang Islam telah mencabut komponen-komponen "jam" Islam, dan menggantikannya dengan komponen mesin apa sahaja yang disukainya.
Seorang menggantikan satu komponennya dengan komponen mesin jahit yang disenanginya, seorang lagi memasang komponen basikal yang sangat disukainya, sedang yang lain memasukkan komponen pesawat radio yang dikaguminya, dan mereka semua memasukkan barang-barang itu ke dalam kerangka "jam" Islam itu. Analogi ini tepat sekali, kerana anda sebagai orang-orang Islam melakukan perniagaan dengan riba, menginsuranskan jiwa anda kepada perusahaan insurans, terlibat dalam sidang-sidang pengadilan yang memutar-belitkan hukum, 'menyatakan kesetiaan dan mengabdikan diri kepada kekufuran. Puteri-puteri dan saudara-saudara perempuan anda, anda kahwinkan dengan orang-orang kafir dan musyrik, anak-anak anda dididik dengan ajaran-ajaran materialistik. Sambil menyanyikan puji-pujian kepada kapitalisme, anda juga mempraktikkan ajaran-ajaran Hindu dan Buddha. Pendeknya, tidak ada satu ajaran yang bukan Islam pun yang tidak dimasukkan ummat Islam itu sendiri ke dalam kerangka ajaran Islam.
ORANG-ORANG YANG MENGINGINKAN KEAJAIBAN
Setelah melakukan itu semua, anda mengharapkan "jam" Islam ini berputar di saat anda memutar kuncinya dan memperlihatkan hasilnya juga. Dengan pembersihan, peminyakan serta pembaikan kesuluruhan yang palsu, anda mengharapkan hasil yang diperoleh seperti pada proses yang sebenarnya. Dengan sedikit pengertian sahaja anda akan memahami bahawa dalam keadaan di mana anda sudah merendahkan nilai sebuah jam menjadi barang yang tidak berguna, tidak ada hasil apa pun yang akan dapat diperolehi, biarpun anda memutar kuncinya, meminyaki dan membaikinya seribu kali.
Selama anda belum .menyingkirkan komponen asing itu dan menggantikannya dengan yang asli, dan memasangnya dengan susunan yang sama dengan susunan yang asal anda tidak akan boleh mengharapkan hasil yang dahulu pemah diperlihatkan oleh "jam" Islam ini.
MENGAPA AMALAN-AMALAN KEAGAMAAN TIDAK MENGHASILKAN APA-APA?
Fahamilah bahawa keadaan yang tersebut di atas itulah, sebab yang sebenarnya, mengapa solat, puasa, zakat dan haji anda tidak menghasilkan apa-apa. Pertama-tama, sedikit sekali dari anda semua yang mengerjakan solat, puasa, memberikan zakat dan mengerjakan haji. Disebabkan kerana kerosakan nizam al-jema’ah, setiap orang telah menjadi terpisah bersendirian. Apakah ia mengerjakan kewajipan-kewajipan itu, atau tidak, tidak seorang pun yang menanyakan kepadanya.
Tidak pula orang-orang yang menjalankan kewajipan-kewajipan tersebut mengerjakannya dengan cara yang digariskan. Mereka tidak mengerjakan solat berjema’ah secara teratur dan berterusan. Jika adapun perlaksanaan solat berjema’ah yang berterusan, maka yang diangkat menjadi imam adalah orang yang tidak mempunyai kebolehan apa pun untuk mencari penghidupan, ia hidup dari sedekah yang diberikan ke masjid, ia tidak berpendidikan dan tidak berkaliber, ia senantiasa menderita tekanan batin. Seperti itukah imam solat yang dibebani kewajipan oleh Allah untuk menjadikan anda semua khalifah-khalifahNya di muka bumi! Demikian pula keadaan puasa, zakat dan haji adalah sedemikian rupa, hingga tidak perlu dijelaskan lagi.
Walaupun dengan adanya kenyataan-kenyataan ini namun anda mungkin masih bersikap keras menyatakan bahawa masih banyak orang yang mengerjakan kewajipan-kewajipan beragama sesuai dengan yang digariskan.
Tetapi, seperti yang telah saya nyatakan, apabila keadaannya adalah sedemikian rupa bahawa komponen jam itu telah dilepaskan dari hubungannya antara satu sama lain, dan banyak daripadanya yang telah digantikan dengan komponen mesin lain, maka tidak ada gunanya anda membersihkannya, meminyakinya dan memutar kuncinya. Sudah tentu dari jauh ia masih kelihatan seperti sebuah jam, dan seorang pemerhati masih akan mengatakan: "Ini adalah Islam dan anda adalah orang-orang Muslim".
Apabila anda memutar kuncinya dan membersihkannya, seorang pemerhati dari jauh akan mengira bahawa anda sedang melakukan pekerjaan yang memang berguna. Tidak seorang pun
yang akan mengingkari bahawa anda semua memang mengerjakan solat dan puasa, Tetapi tidak seorang pula yang akan tahu bahawa di dalam kerangka agama ini keadaannya telah kacau-bilau.
KEADAAN KITA YANG MENYEDIHKAN
Saudara-saudara sesama Muslim
Saya telah menerangkan kepada anda sebab-sebab yang sebenarnya, mengapa amalanamalan keagamaan anda sekarang ini tidak menghasilkan apa-apa, dan mengapa, walaupun anda mengerjakan solat dan puasa, namun anda masih tetap berada dalam cengkaman orang kafir dan menjadi mangsa yang mudah bagi setiap penindas, bukannya menjadi khalifah Tuhan yang mulia.
Tetapi bila anda tidak mahu menerima kenyataan ini, saya akan memperlihatkan kepada anda suatu kenyataan yang lebih sangat menyedihkan lagi. Tidak syak lagi, anda pasti menyesali hakikat yang saya nyatakan tadi dan merasakan kepahitannya, tetapi dari seribu orang kaum Muslimin, sembilan ratus sembilan puluh di antaranya, bahkan lebih, tidaklah bersedia untuk mengubah keadaannya melalui pengubatan yang semestinya. Mereka tidak tahan melihat perombakan kembali "jam" Islam ini, yang telah diporak-perandakan dan dikerumuni oleh komponen yang tidak keruan oleh setiap orang, kerana bila perombakan ini dilakukan maka benda-benda kesayangan mereka yang ada di dalamnya pasti terpaksa dikeluarkan. Tidak mungkin bahawa barang kepunyaan orang lain sahaja yang perlu disingkirkan, sedang benda yang kita senangi tetap dibiarkan sahaja.
Begitu juga bila komponen campuran yang kita masukkan harus dikeluarkan, maka kepunyaan orang lain juga mesti dikeluarkan. Dan ini adalah suatu hal yang sukar untuk ditoleransi oleh kebanyakan orang dengan senang hati.
Itulah sebabnya mengapa mereka semua ingin agar jam ini tetap dibiarkan begitu sahaja sebagai suatu hiasan dinding yang diperlihatkan kepada orang lain dan dikatakan sebagai sumber mu'jiza.t. Orang-orang yang mempunyai harapan baik yang lebih besar terhadap jam ini, daripada orang lain, akan suka sekali memutar kuncinya berulang-ulang dan dengan penuh semangat serta membersihkannya dalam keadaan yang sia-sia seperti itu, tetapi mereka juga tidak akan membiarkan komponennya dibereskan dan dipasang terpadu, dan tidak pula mereka menginginkan agar komponen campurannya dibuang.
Saudara-saudara, saya mengharapkan agar saya dapat menyertai anda dalam sikap seperti itu, tetapi saya tidak dapat berbuat demikian kerana saya tidak dapat mengabaikan pengetahuan saya. Saya percaya bahawa, apabila anda memikirkan hakikat keadaan ummat Islam yang menyedihkan seperti tersebut di atas, walaupun seandainya di samping solat lima waktu anda juga mengerjakan solat tahajjud, Isyrak dan solat khusus, membaca Qur'an lima jam sehari, serta berpuasa sunat lima bulan setengah di samping puasa wajib di bulan Ramadhan, semua yang anda kerjakan itu tidak akan ada manfaatnya.
Yang mesti anda mengerti ialah bahawa hanya setelah komponen-komponen jam Islam itu dipasang dengan betul dan terpadu, barulah dapat diputar kuncinya, dan dengan pembersihan dan peminyakan sedikit sahaja pun ia akan dapat berputar dengan lancar dan memperlihatkan hasil yang dikehendaki. Kalau tidak, sekalipun anda putar kuncinya seumur hidup anda, jam itu tetap tidak akan boleh berputar.
Wama alayna illal balagh.
(Kewajipan kami hanyalah menyampaikan kebenaran).