oleh Ust. Abu Ala Maududi
KURNIA ALLAH YANG TERBESAR
Saudara-saudara seiman yang berbahagia!
Setiap Muslim nescaya yakin sepenuhnya bahawa kurnia Allah yang terbesar di dunia ini adalah agama Islam. Seorang Muslim akan sentiasa bersyukur kepada Allah, yang telah memasukkannya ke dalam kelompok umat Muhammad Rasulullah saw, dan yang telah memberikan kepadanya kurnia Islam. Allah sendiri telah menyatakan Islam sebagai kurniaNya yang terbesar yang diberikanNya kepada hamba-hambaNya, sebagaimana disebutkan dalam al-Qur'an:
“... Pada hari ini, telah Ku-sempurnakan untuk kamu agama-mu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah , Ku-redhai Islam itu agama bagimu ..."
(Al-Quran al-Maidah, 5 :3 )
KEWAJIPAN KITA KE ATAS KURNIA YANG KITA TERIMA
Adalah merupakan kewajipan bagi kita untuk melaksanakan kewajipan terhadap Allah, kerana nikmat yang telah diberikanNya kepada kita. Seseorang yang tidak melaksanakan kewajipannya kepada orang lain yang telah memberikan sesuatu yang sangat berharga baginya, ia adalah seorang yang tidak tahu berterima kasih. Dan manusia yang tidak melaksanakan kewajipannya kepada Tuhan adalah manusia yang paling tidak tahu berterima kasih.
Sekarang, mungkin anda akan bertanya: Apakah kewajiban yang harus kita laksanakan kepada Allah yang telah memberikan kurniaNya kepada kita? Jawapannya adalah bahawa kerana Allah telah memasukkan kita ke dalam kelompok umat Muhammad saw, maka bukti terima kasih yang paling baik yang dapat kita persembahkan kepada Allah atas kurniaNya yang besar itu, adalah dengan cara menunjukkan sikap sebagai pengikutpengikut Rasulullah saw yang tulus dan setia. Kerana Allah telah memasukkan kita ke dalam kelompok masyarakat Muslim, maka satu-satunya cara untuk memperlihatkan rasa terima kasih kita kepadaNya adalah dengan menjadi orang Muslim yang benar. Tidak ada cara lain bagi kita untuk menyatakan terima kasih kepada Allah atas kurniaNya yang sangat besar itu. Bila kita tidak menyatakan rasa syukur kita dengan cara demikian, maka hukuman atas sikap kita yang tidak tahu berterima kasih itu, akan sebandingan besarnya dengan kurnia yang diberikanNya kepada kita. Semoga Allah menghindarkan kita dari hukuman demikian itu! Amin.
LANGKAH PERTAMA UNTUK MENJADI MUSLIM
Selanjutnya, anda mungkin akan bertanya: Bagaimana seseorang boleh menjadi seorang Muslim dalam erti yang sebenarnya? Jawapan dari pertanyaan ini memerlukan pemerincian secukupnya, dan saya akan menjelaskan pemerincian itu dalam khutbahkhutbah saya pada hari-hari Jumaat yang akan datang. Sedangkan untuk khutbah kali ini, saya akan menerangkan masalah yang sangat penting, yang dapat dianggap sebagai langkah yang paling awal dalam tindakan untuk menjadi seorang Muslim.
APAKAH MUSLIM ITU NAMA SUATU KELOMPOK BANGSA MANUSIA?
Marilah kita fikirkan apa sebenarnya erti kata Muslim yang kita gunakan setiap waktu itu, dengan memikirkan pertanyaan-pertanyaan berikut: Apakah seseorang sudah membawa Islam pada waktu ia dilahirkan? Apakah seseorang disebut Muslim kerana ibu-bapanya atau kakaknya adalah Muslim? Apakah seorang Muslim terlahir begitu sahaja sebagai seorang Muslim, sebagaimana halnya seorang bangsawan lahir sebagai bangsawan, atau seorang anak dari kasta Brahmana lahir sebagai seorang Brahmana, atau seorang anak Sudra lahir sebagai seorang Sudra? Atau, apakah Muslim itu nama suatu bangsa seperti lnggeris? Dan apakah seorang Muslim disebut Muslim kerana ia lahir di tengah masyarakat Muslim, seperti seorang lnggeris disebut Inggeris kerana lahir di tengahtengah masyarakat Inggeris? Bagaimana jawapan anda terhadap pertanyaan-pertanyaan tersebut di atas? Saya kira - bahkan saya yakin - anda akan menjawab: "Tidak.
Seseorang tidak lazim disebut Muslim kerana alasan-alasan tersebut di atas. Seseorang tidak disebut seorang Muslim kerana ia tergolong dalam suatu kelompok bangsa tertentu. Tetapi seseorang dikatakan Muslim apabila ia menerima Islam sebagai agamanya. Kalau ia melepaskan agama Islam, maka secara automatik ia berhenti menjadi Muslim.
Seorang yang beragama Hindu, atau seorang bangsawan, atau seorang Inggeris akan termasuk dalam kelompok masyarakat Muslim kalau ia menerima Islam sebagai agamanya. Sebaliknya, seorang yang lahir di tengah-tengah keluarga Muslim akan dikeluarkan dari masyarakat Muslim kalau ia melepaskan Islam sebagai agamanya, walaupun ia anak seorang kiyai atau anak seorang Pathan".
Itulah, saudara-saudara! Saya yakin, itulah jawapan yang akan anda berikan, atau yang anda setujui, bagi pertanyaan-pertanyaan tersebut di atas. Dan dari jawapan tersebut kita boleh menyimpulkan bahawa anugerah Allah yang terbesar, yakni sebutan sebagai seorang Muslim, yang anda nikmati itu, bukanlah suatu harta bangsa atau kesukuan yang secara langsung anda warisi dari orang tua anda dan terus melekat pada diri anda selama hidup, baik anda sedari atau tidak, tetapi ia adalah suatu harta yang harus anda peroleh dengan usaha. Kalau anda melakukan usaha untuk memperolehnya, maka anda akan memperolehnya; sebaliknya bila anda tidak mempedulikannya, walaupun anda sudah memperolehnya, maka ia akan dicabut dari anda. Na'udzu billah min dzalik.
ARTI MENERIMA ISLAM
Marilah kita teruskan. Tadi telah dikatakan bahawa seseorang dapat menjadi seorang Muslim apabila ia menerima Islam sebagai agamanya. Masalahnya adalah, apa ertinya menerima Islam itu? Apakah ini bererti bahawa sesiapapun yang mengucapkan "saya adalah seorang Muslim atau saya telah menerima Islam" automatik menjadi seorang Muslim? Apakah ini bererti seperti seorang penganut Brahmana yang mengucapkan mantra-mantra berbahasa Sanskrit, atau seperti seseorang yang mengucapkan ungkapan-ungkapan berbahasa Arab, walaupun tidak memahami makna yang terkandung dalam ucapan mereka, pantas disebut seorang Muslim?
Sekarang tentu anda dapat menjawab pertanyaan di atas. Pasti anda menjawab: "Tidak". Anda pasti akan mengatakan bahawa erti menerima Islam adalah bahawa seseorang harus dengan penuh kesedaran dan kesengajaan menerima apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah Muhammad saw, dan bertindak sesuai dengan ajaran tersebut. Barangsiapa yang berbuat demikian, maka ia adalah seorang Muslim, dan barangsiapa yang tidak berbuat demikian, ia bukanlah seorang Muslim.
SYARAT PERTAMA: PENGETAHUAN
Dari jawapan di atas, kita boleh menyimpulkan bahawa pertama sekali, Islam adalah sebutan terhadap pengetahuan dan tindakan mempraktikkan pengetahuan tersebut. Seseorang dapat menjadi Brahmana tanpa memiliki pengetahuan, kerana ia lahir sebagai Brahmana dan akan terus hidup sebagai Brahmana. Demikian pula seseorang yang lahir dari orang tua berdarah ningrat akan menjadi ningrat pula, walaupun ia tidak memiliki pengetahuan apapun, kerana ia lahir sebagai ningrat maka ia akan tetap disebut seorang ningrat sampai akhir hayatnya. Tetapi, seseorang tidak dapat menjadi seorang Muslim tanpa memiliki pengetahuan, kerana Islam tidak diperolehi kerena faktor keturunan, tetapi kerana pengetahuan. Kalau orang yang bersangkutan tidak mengetahui apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad saw, bagaimana ia boleh menyatakan keimanannya kepada ajaran tersebut dan mempraktikkannya? Dan bila ia menyatakan keimanannya tanpa kesedaran dan tanpa pengertian mengenai ajaran tersebut, bagaimana ia dapat menjadi seorang Muslim? Adalah tidak mungkin untuk menjadi seorang Muslim dan hidup sebagai seorang Muslim tanpa mengetahui apa-apa. Seseorang yang dilahirkan di tengah-tengah keluarga Muslim, mempunyai nama seperti seorang Muslim, berpakaian seperti seorang Muslim, dan menyatakan dirinya sebagai seorang Muslim, sebenarnya dia bukanlah seorang Muslim. Kerana, seorang Muslim yang sebenarnya hanyalah seorang yang tahu, apa makna Islam yang sebenarnya dan menyatakan keimanannya,.kepada
Islam dengan penuh kesedaran.
Perbezaan yang sebenarnya antara seorang kafir dengan seorang Muslim bukanlah perbezaan dalam nama. Nama Joni tidaklah bererti bahawa pemiliknya adalah seorang kafir dan nama Abdullah pemiliknya adalah seorang Muslim.
Demikian pula orang yang memakai seluar jeans tidak bererti dia seorang kafir, dan yang memakai sarung seorang Muslim. Tidak, tidak demikian. Perbezaan yang sebenarnya antara seorang kafir dan seorang muslim adalah dalam hal pengetahuan. Seseorang adalah kafir kerana ia tidak tahu bagaimana hubungan dirinya dengan Tuhan dan hubungan Tuhan dengan dirinya, dan tidak tahu cara hidup yang mana yang harus dijalaninya di dunia ini, yang sesuai dengan kehendak Tuhan. Apabila seorang anak dari orang tua yang Muslim tidak mempunyai pengetahuan mengenai hal ini, maka apa alasannya bagi kita untuk menganggap dirinya sebagai seorang Muslim?
Saudara-saudara!
Saya minta anda semua mendengarkan baik-baik apa yang sedang saya huraikan dengan penuh tekanan ini, dan memikirkannya dengan tenang tanpa emosi. Anda semua harus mengerti benar-benar bahawa memperoleh atau kehilangan kurniaan Allah yang terbesar yang anda syukuri itu, adalah tergantung seluruhnya pada pengetahuan. Bila anda tidak mempunyai pengetahuan untuk itu, anda sama-sekali tidak akan dapat memperoleh kurnia itu. Bahkan kalau anda mempunyai sebahagian kecil sahaja dari anugerah itu, maka kerana ketidaktahuan anda, anda akan selalu terancam bahaya kehilangan milik anda itu. Orang yang mestinya boleh memiliki anugerah yang besar itu, kerana kebodohannya, mungkin akan menganggap bahawa dirinya adalah seorang Muslim, padahal sebenarnya ia bukanlah seorang Muslim. Perumpamaan orang yang sama-sekali tidak tahu perbezaan antara Islam dan kufr serta perbezaan antara Islam dan syirik adalah ibarat seseorang yang sedang berjalan pada sebuah lorong yang gelap. Mungkin sekali, ketika ia sedang mengikuti sebuah lorong yang lurus, langkahnya menyeleweng ke arah yang lain dan ia tidak sedar bahawa ia telah menyeleweng dari arah yang lurus yang harus ditempuhnya.
Dan mungkin sekali, di tengah jalan ia akan bertemu dengan seorang dajjal yang akan mengatakan kepadanya: "Hai Nak! Kamu telah tersesat dalam kegelapan. Mari, kupimpin engkau kepada tujuanmu". Pejalan yang malang itu, kerana gelap tidak mampu melihat dengan matanya sendiri mana arah yang lurus. Kerana itu, tanpa curiga apa-apa, ia akan segera menyambar tangan si dajjal dan terus berpegang kepadanya, dan si dajjal akan membawanya ke jalan yang sesat. Bahaya ini mungkin sekali akan menimpa pejalan tersebut, kerana ia sendiri tidak memiliki obor apa pun dan kerananya ia tidak biasa melihat tanda-tanda di sepanjang jalan yang ditempuhinya.
Apabila ia mempunyai obor, tentulah ia tidak akan tersesat atau disesatkan oleh orang lain. Dari contoh ini anda boleh memahami bahawa, bahaya terbesar bagi seorang Muslim adalah ketidaktahuannya sendiri akan ajaran Islam, dan ketidaktahuannya akan apa yang diajarkan oleh al-Qur'an dan apa yang diajarkan oleh Rasulullah saw. Kerana tidak mempunyai pengetahuan, ia pasti akan meraba-raba sahaja sepanjang jalan, dan akan disesatkan oleh dajjal. Tetapi bila ia mempunyai obor pengetahuan, maka ia akan mampu melihat jalan Islam yang lurus pada setiap langkah dalam hidupnya, melihat dan menghindari jalan-jalan kufr, syirk, bid'ah dan tidak bermoral yang menghalang jalannya, dan bila seorang penyesat ditemuiya di tengah jalan, maka setelah bertukar kata sejenak dengannya, ia pasti akan segera sedar, bahawa orang yang ditemuinya itu adalah seorang yang jahat dan tidak boleh diikuti.
PENTINGNYA PENGETAHUAN
Saudara-saudara!
Pada pengetahuan inilah, yang sekarang sedang saya jelaskan kepentingannya, bergantungnya anda dan anak-anak anda menjadi orang-orang Muslim dan hidup sebagai orang-orang Muslim untuk seterusnya. Ini bukanlah hal yang remeh yang boleh anda abaikan. Anda selalu bersikap penuh perhatian dalam mengerjakan sawah ladang anda, mengairi dan melindungi tanaman-tanaman anda, memberi makan ternak anda dan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan yang bersangkut paut dengan mata-pencarian anda yang lain. Kerana, bila anda tidak bekerja dengan penuh perhatian, anda pasti akan kelaparan dan kehilangan sesuatu yang sangat berharga bagi anda, yakni nyawa anda.
Maka, kenapa anda tidak bersikap serius dan bersunguh-sungguh dalam mencari pengetahuan, yang pada pengetahuan inilah bergantungnya hakikat anda disebut sebagai seorang Muslim dan hidup seterusnya sebagai seorang Muslim. Bukankah bila anda tidak serius dan bersungguh-sungguh, anda boleh terancam bahaya kehilangan sesuatu yang sangat berharga, yakni iman? Bukankah iman lebih berharga daripada hidup? Dari sekian banyak waktu yang anda habiskan untuk bekerja demi hidup anda, tidak dapatkah anda memperuntukkan sepersepuluh daripadanya untuk hal-hal yang dapat melindungi iman anda?
Saya tidak mengatakan bahawa setiap orang dari anda semua harus menjadi seorang ulama, membaca kitab-kitab yang tebal dan menghabiskan waktu sepuluh atau belasan tahun untuk usaha tersebut. Anda tidak perlu membaca kitab yang tebal-tebal untuk menjadi seorang Muslim. Saya hanya menghendaki bahawa setiap orang dari anda menyediakan waktu satu jam sahaja dari dua puluh empat jam yang anda miliki dalam sehari-semalam untuk mempelajari pengetahuan tentang ad-din. Itulah waktu paling sedikit yang harus disediakan oleh setiap orang Muslim, baik pemuda, orang dewasa mahupun yang sudah lanjut usia, untuk mempelajari pengetahuan yang memungkinkannya untuk memahami kepentingan ajaran al-Qur'an dan tujuan diwahyukannya al-Qur'an tersebut. Setiap orang Muslim harus mengerti sebenarbenarnya risalah yang dibawa oleh Rasulullah saw ke dunia ini. la harus mengerti sebenar-benarnya aturan hidup mana yang harus ditegakkan di dunia ini, dan aturan hidup mana yan harus dimusnahkan dan diganti. Ia juga-harus mengenal dengan baik cara hidup khusus yang telah ditetapkan Allah bagi orang-orang Muslim. Tidak banyak waktu yang dituntut untuk memperoleh pengetahuan yang diperlukan untuk itu. Dan bila iman lebih berharga bagi anda daripada segalanya, maka tidak akan sulit bagi anda untuk menyediakan waktu satu jam setiap hari untuk mempelajari pengetahuan tersebut.