Senin, 22 Oktober 2007

JIHAD

oleh Al Ust. Abul Ala Maududi

Saudara-saudara sesama Muslim.

Dalam khutbah-khutbah saya yang telah lalu saya telah berulang-ulang menyatakan bahawa solat, puasa, haji dan zakat, yang telah diwajibkan oleh Allah kepada anda dan dijadikanNya sebagai tiang-tiang Islam, tidaklah sama dengan ibadat-ibadat dalam agama-agama lain, yang terdiri dari majlis-majlis yang cukup dilaksanakan begitu sahaja dan Tuhan akan senang karenanya. Dalam Islam, ibadat-ibadat diwajibkan dengan maksud untuk mempersiapkan anda untuk suatu tujuan yang besar dan melatih anda untuk memikul tugas yang besar pula.

Nah, setelah saya menjelaskan secara terperinci kepada anda tentang semua latihan tersebut dan kaedah-kaedah persiapannya, tibalah saatnya sekarang untuk mengatakan kepada anda tujuan daripada latihan-latihan tersebut.

TUJUAN ISLAM YANG SEBENARNYA

Secara singkat, cukuplah dikatakan bahawa tujuan Islam yang sebenarnya adalah melenyapkan penguasaan manusia atas manusia dan menegakkan pemerintahan Tuhan Yang Esa. Mempertaruhkan hidup seseorang dan segala sesuatu yang dimiliki untuk mencapai tujuan ini disebut jihad, sedangkan solat, puasa, haji dan zakat, semuanya dimaksudkan untuk mempersiapkan diri menghadapi tugas ini.

Akan tetapi, karena anda telah lama lupa tujuan Islam ini serta tugas yang dipercayakan kepada anda itu, karena semua ibadat telah diubah menjadi tasawwuf semata-mata, maka maksud dari kalimat singkat tentang tujuan Islam yang saya sampaikan tadi akan tetap merupakan teka-teki
bagi anda. karena itu saya akan memberikan penjelasan kepada anda tentang tujuan Islam ini.

SISTEM POLITIK YANG BUSUK; SUMBER DARI SEGALA KEJAHATAN

Sesungguhnya, segala macam kejahatan yang anda temukan di dunia ini bersumber pada satu pokok sahaja, iaitu buruknya sifat pemerintahan negara. Kekuasaan dan harta kekayaan berada di tangan pemerintah. Hukum dan undang-undang dibuat oleh pemerintah.

Semua pemerintahan dengan senang-senangnya berada di tangan pemerintah.

Kekuatan polis dan Angkatan Bersenjata berada di tangan pemerintah. karena itu, kejahatan apa pun yang ada dalam kehidupan rakyat, semuanya disebarkan oleh pemerintah sendiri atau dengan bantuannya, karena itu kekuasaan untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela ataupun binasa, tetap berada di tangan pemerintah.

Sebagai contoh, anda lihat bahawa pelacuran bermaharajalela di mana-mana dan dilakukan secara terbuka di tempat-tempat lokasi WTS. Kenapa demikian?.Sebabnya ialah karena pelacuran bukanlah kejahatan di mata orang-orang yang memegang kekuasaan pemerintahan.

Mereka sendiri terbiasa dengan hal itu dan mengizinkan orang-orang lain melakukannya. Seandainya mereka mahu membanterasnya, pasti kejahatan ini tidak akan boleh dilakukan dengan sedemikian kebalnya. Anda saksikan bahawa riba merata di mana-mana dan orang-orang kaya menghisap darah si miskin. Mengapa hal itu boleh terjadi? Ini adalah karena, pemerintah sendiri mengambil riba dan membantu orang-orang yang mengambil riba. Pengadilan-pengadilan pemerintah membuat keputusan-keputusan yang menguntungkan pengambil-pengambil riba, dan dengan bantuannya tempat-tempat peminjaman wang dan bank-bank berkembang di mana-mana.

Anda lihat bahawa ketidak senonohan dan perkara yang tidak bermoral semakin meningkat di tengah masyarakat.

Mengapa terjadi demikian? Semata-mata karena pemerintah telah memberikan pendidikan semacam itu kepada rakyat dan melatih mereka untuk menghargai sebagaimana yang disifatkan sebagai bermoral dan bersifat kemanusiaan separti yang anda saksikan itu. Kalau anda ingin membentuk manusia yang lain melalui pendidikan dan latihan yang lain, dari mana anda akan mendapatkan sumber yang anda perlukan?

Dan bahkan apabila anda berjaya menghasilkan sekelompok jenis manusia yang baik, dimana mereka akan memperolehi pekerjaan? Semua sumber-sumber penghidupan dan pekerjaan berada di tangan pemerintah yang buruk. Anda saksikan pertumpahan darah terjadi secara luas di dunia. Ilmu pengetahuan manusia dipergunakan untuk kerosakan.

Buah kerja manusia dibakar dalam api, dan nyawa manusia yang berharga dimusnahkan sewenang-wenangnya. Mengapa itu semua boleh terjadi? Itu semua terjadi karena anakanak Adam yang memegang kekuasaan dan pimpinan bangsa-bangsa di dunia adalah yang paling jahat dan keji. Oleh karena kekuasaan berada di tangan mereka, maka dunia berputar ke arah yang mereka kehendaki. Apapun tujuan yang telah mereka gariskan untuk penggunaan ilmu pengetahuan, harta kekayaan, tenaga kerja dan hidup manusia, itu semua mereka manfaatkan untuk tujuan-tujuan yang mereka gariskan sendiri. Anda saksikan bahawa penindasan dilakukan di mana-mana sahaja di dunia. Kaum yang lemah tidaklah memperolehi keadilan. Hidup orang yang miskin makin sulit. Pengadilanpengadilan telah menjadi pusat perbelanjaan keadilan. Rakyat dibebani pajak yang melebihi kemampuan mereka, yang dihamburkan untuk membayar gaji yang besar kepada pegawai-pegawai, untuk membangun gedung-gedung yang megah, untuk membeli persenjataan, dan untuk belanja-belanja lain yang berlebih-lebihan. Pemberipemberi hutang, tuan-tuan tanah, raja-raja dan menteri-menteri, pencari dan pemegang gelar, pedagang-pedagang agama, pemilik-pemilik gedung, pedagang-pedagang minuman keras, penerbit buku-buku dan majalah porno, pemilik-pemilik pusat perjudian, dan banyak orang-orang lain yang semacam itu, telah dan terus merosak hidup, harta benda, kehormatan, moraliti, dan segala ciptaan Tuhan yang lain, dan tidak ada seorang pun yang boleh mencegah perbuatan mereka.

Mengapa ini semua boleh terjadi? Ini adalah semata-mata karena pemerintah memang rosak. Tangan-tangan yang memegang kekuasaan adalah tangan-tangan yang buruk. Mereka sendiri melakukan penindasan dan berpihak kepada para penindas. Penindasan macam apa pun yang terjadi, adalah karena mereka menghendakinya atau paling tidak, bertoleransi dengannya. Dari contoh-contoh tadi anda tentu telah memahami bahawa kejahatan pemerintah adalah sumber dari segala kebejatan. Pengotoran fikiran rakyat, kebejatan moral, penyimpangan kemampuankemampuan manusia ke saluran yang salah, berkuasanya konsep-konsep perniagaan dan perdagangan yang salah, cara hidup yang buruk, meratanya penindasan, penyelewengan dan penghancuran ciptaan Tuhan, semua itu bersumber pada satu hal: kunci kekuasaan dan kekuatan berada di tangan yang salah. Jelas bahawa apabila kekuasaan berada di tangan orang-orang yang tidak patut memegangnya, dan apabila sumber-sumber rezeki berada di bawah kekuasaan mereka, maka bukan hanya mereka sendiri yang akan menyebarkan kerosakan, tetapi setiap jenis kerosakan juga akan berkembang dengan bantuan mereka, dan selama kekuasaan masih berada di tangan mereka, tidak ada usaha pemulihan kebaikan pun yang boleh dilakukan.

PEMBAIKAN PEMERINTAHAN: LANGKAH PERTAMA MENUJU PEMBAHARUAN.

Setelah memahami masalah tersebut di atas, akan mudahlah bagi anda memahami bahawa untuk melakukan pembaikan di kalangan rakyat dan membawa mereka ke jalan kesejahteraan dan kesolehan, setelah menyelamatkan mereka dari jalan kehancuran, tidak ada jalan lain daripada membetulkan bentuk pemerintahan yang rosak. Walaupun orang yang mempunyai pemahaman sedikit, mereka juga akan boleh memahami bahawa di mana orang bebas melakukan perzinaan dan pelacuran, tidak ada khutbah manapun yang boleh menghentikannya.

Tetapi apabila pemerintah memang bertekad untuk menghentikan pelacuran dengan paksa, maka pelaku-pelakunya sendiri akan menghentikan perbuatan haram tersebut. Tidaklah mungkin boleh berhasil apabila anda hanya menggunakan khutbah-khutbah sahaja untuk menghentikan kejahatan-kejahatan minuman keras, judi, riba, suap, pertunjukan-pertunjukan yang tidak sopan, pakaianpakaian yang tidak patut, pendidikan yang tidak berakhlak, dan semua kejahatankejahatan lainnya. Dengan kekuatan kekuasaan pemerintahan, semua kejahatan tersebut pasti akan boleh dihentikan. Melalui nasihat-nasihat dan dakwah-dakwah sahaja tidak akan mungkin menghentikan mereka yang merosakkan makhluk Tuhan dan menghancurkan moral mereka. Tetapi apabila kekuasaan di tangan anda dan bertekad untuk mengakhiri kejahatan mereka dengan paksa, maka semua kejahatan itu, Insya Allah, akan boleh dihentikan. Kalau anda menginginkan agar karya makhluk-makhluk Tuhan, kekayaan, kecerdasan dan kemampuan mereka, selamat dari saluran yang salah dan dipergunakan pada jalan yang benar, kalau anda ingin agar penindasan dibasmi dan keadilan ditegakkan, kalau anda menginginkan dunia ini bebas dari kejahatan, kalau anda menginginkan ummat manusia tidak saling menumpahkan darah sesamanya, kalau anda menginginkan pembaikan nasib mereka yang celaka dan tartindas, dan kalau anda menginginkan semua manusia diberi kesempatan yang sama untuk memperolehi kehormatan, ketenteraman, kemakmuran dan kemajuan, maka keinginan anda itu tidak akan boleh tercapai hanya dengan khutbah-khutbah dan seruan-seruan sahaja.

Tetapi apabila anda memegang tampuk pemerintahan, maka keinginan anda itu mungkin sekali akan terlaksana. ]adi, masalah ini adalah masalah yang sudah jelas dan tidak memerlukan pemikiran yang rumit, bahawa tidak ada rencana pembaikan untuk rakyat yang akan boleh dilaksanakan tanpa memegang kekuasaan atas mekanisme pemerintahan.

Barangsiapa yang benar-benar ingin membanteras kejahatan dan kerosakan di bumi Allah, dan benar-benar berhasrat untuk memperbaiki keadaan makhluk-makhluk Tuhan, maka tidak ada guna baginya hanya berkhutbah dan memberi nasihat sahaja. Ia harus bangkit untuk menghentikan roda pemerintahan berputar di atas prinsip-prinsip yang salah. Ia harus menyambar kekuasaan dari tangan para zalimin dan mendirikan pemerintahan atas dasar prinsip-prinsip yang benar dan menurut sistem yang tepat.

ASAS PEMERINTAHAN YANG TERUK: PENGUASAAN MANUSIA ATAS MANUSIA

Setelah memahami masalah ini, marilah kita melangkah lebih lanjut. Anda telah mengarti bahawa pemerintahan yang buruk adalah sumber dari segala kejahatan yang terjadi di kalangan hamba-hamba Allah, dan bahawa untuk membanteras sumber kejahatan tersebut, maka pemerintahan perlu dibetulkan. Tetapi pertanyaannya sekarang adalah apakah sebab-dasar daripada keburukan pemerintahan itu? Di mana akar kejahatan ini?

Dan pembaharuan apa yang harus dilakukan di dalamnya untuk menghapuskan kejahatan-kejahatan tersebut di atas? Jawapan terhadap pertanyaan-pertanyaan ini adalah, manusialah yang merupakan sebab akarnya, dan tidak ada jalan lain untuk melakukan pembaharuan selain harus menegakkan kekuasaan Tuhan ke atas manusia.

Anda jangan tercengang mendengar jawapan yang begitu singkat untuk pertanyaan yang begitu besar ini. Anda boleh melakukan kajian yang seluas-luasnya dan sedalam-dalamnya untuk menyelami masalah ini. Tetapi anda pasti hanya akan menemukan jawapan yang sama dengan yang telah saya berikan.

Fikirkanlah, apakah bumi tempat anda hidup ini dibuat oleh manusia atau oleh Tuhan?
Makhluk manusia yang menghuni bumi ini dibuat oleh yang lain atau oleh Tuhan?
Segala keperluan hidup yang diperlukan manusia, siapakah yang menyediakannya, manusia sendiri atau Tuhan? Apabila jawapan dari pertanyaan-pertanyaan ini adalah bahawa bumi, manusia, dan keperluan-keperluan hidup diciptakan oleh Tuhan, maka berarti bahawa tanah adalah milik Tuhan, harta benda, dan. bahkan manusia sendiri adalah milik Tuhan. Kalau demikian halnya, bagaimana manusia boleh menyatakan bahawa itu semua adalah miliknya dan membuat aturan-aturan sendiri di tanah milik Tuhan? Bagaimana boleh dibenarkan bahawa manusia memerintah hamba-hamba Tuhan, yakni sesama manusianya, dengan hukum dan aturan-aturan lain selain dari hukum dan aturan-aturan Tuhan, atau dengan hukum atau aturan-aturan buatan manusia sendiri? Bagaimana akal anda boleh menerima keadaan bahawa tanah dan air adalah milik Tuhan dan peraturanperaturan yang berlaku di atasnya adalah peraturan-peraturan buatan selain Tuhan?

Bagaimana suatu harta yang sebenarnya milik Tuhan tetapi diakui sebagai milik manusia? Bagaimana seluruh makhluk manusia berada di bawah kekuasaan Tuhan tetapi mengiktiraf suatu kekuasaan lain berkuasa atas mereka? Keadaan separti ini jelas bertentangan dengan keadilan. Di mana pun keadaan separti itu terdapat, maka akibat Dasar akibatnya selalu buruk. Manusia-manusia yang memegang kekuasaan untuk membuat hukum, peraturan dan undang-undang pasti membuat kesalahan-kesalahan karena kebodohan mereka, sedangkan sebahagian dari mereka akan dengan sengaja melakukan penindasan dan ketidakadilan dengan tujuan memuaskan hawa nafsu mereka; sebabnya adalah karena mereka tidak punya pengetahuan yang cukup untuk membuat hukum dan undang-undang yang benar dan tepat untuk mengatur masalah-masalah manusia, dan jauh lebih berbahaya daripada itu adalah kenyataan bahawa, karena tidak mempunyai rasa takut pada Tuhan dan tidak mempunyai tanggungjawab kepadaNya, maka mereka menjadi liar dan tidak terkawal. Mudah difahami bahawa setelah memperolehi kekuasaan dan kekuatan, apa lagi yang akan menyeret manusia kalau tidak menjadi individu yang tidak terkawal yang tidak mempunyai rasa takut kepada Tuhan, yang tidak mempunyai kefahaman bahawa ia akan bertanggungjawab kepada siapa pun, dan yang mengira bahawa tidak ada siapa pun di atasnya yang akan mempertanyakan apa yang telah dilakukannya.

Apakah anda fikir orang separti ini akan berpegang kepada kebenaran dan keadilan kalau ia memegang kunci rezeki rakyat, kalau ia menguasai hidup dan harta benda orang ramai, kalau jutaan manusia tunduk kepadanya?

Dapatkah anda mengharapkan kepadanya untuk menjadi penjaga perbendaharaan rakyat yang boleh dipercayai? Dapatkah anda mengharapkan bahawa ia tidak akan melanggar hak-hak rakyat, tidak akan menerima wang dengan jalan yang tidak sah dan memaksa makhluk Tuhan untuk tunduk kepada kemahuan dan kehendaknya sendiri? Apakah anda fikir kemungkinan orang separti itu akan mengikuti jalan yang benar dan mengajak orang lain menempuh jalan yang benar? Tidak pernah, dan tidak akan sama sekali. Tidak masuk akal. Pengalaman selama ribuan tahun membuktikan sebaliknya.

Anda semua di masa sekarang ini menyaksikan dengan mata kepala sendiri banyak orang yang tidak takut kepada Tuhan dan tidak mempunyai rasa tanggungjawab kepadaNya, melakukan penindasan-penindasan, mengkhianati kepercayaan, dan melakukan kejahatan-kejahatan setelah mereka memegang kekuasaan.

DASAR PEMBAHARUAN: PENGUASAAN TUHAN ATAS MANUSIA

karena itu, pembaharuan yang diperlukan atas dasar pemerintahan ialah, tidak boleh ada penguasaan manusia atas manusia. Orang-orang yang mengendalikan pemerintahan tidak boleh menjadi penguasa-penguasa tartinggi, tetapi, dengan mengakui Tuhan sebagai yang berdaulat, mereka harus bekerja sebagai wakil dan kepercayaanNya, dan harus memenuhi tanggungjawabnya dengan kesedaran bahawa pada akhirnya mereka harus dipertanggungjawabkan amanah tersebut kepada MaharajaYang Mengetahui hal yang ghaib dan yang kelihatan. Hukum haruslah berdasarkan petunjuk Tuhan yang mempunyai pengetahuan tentang semua realiti dan merupakan sumber kebijaksanaan.

Tidak seorang pun yang boleh mempunyai kekuasaan untuk mengubah hukum tersebut atau menghapuskannya, sehingga ia tidak rosak karena campur tangan kebodohan manusia, egoisme dan kemahuan-kemahuannya yang tidak patut.

Inilah reformasi dasar yang dikemukakan Islam. Islam menuntut kepada manusia untuk menerima Tuhan sebagai yang berdaulat atas diri mereka (bukan hanya dalam fikiran, tetapi dalam praktikal) dan menyatakan beriman kepada hukum yang dikirimkanNya melalui RasulNya Muhammad saw. Islam menuntut agar manusia menyingsingkan lengan baju dan berusaha sekuat tenaga untuk menjalankan hukum yang dibuat oleh Maharaja mereka ditanah milikNya. Islam menuntut agar manusia menghancurkan semua kekuatan yang memberontak terhadapNya, yang telah mengangkat diri sebagai yang berdaulat dan tartinggi, dan menyelamat-kan hamba-hamba Allah dari perhambaan kepada sesama manusia. Di mata Islam, sesungguhnya tidaklah cukup bagi anda hanya sekadar beriman bahawa Tuhan, dan percaya bahawa hukumNya adalah hukum yang sebenarnya. Bersamaan dengan iman tersebut, di mana pun anda berada anda memikul kewajipan, di negeri mana pun anda hidup anda harus bangkit untuk melakukan reformasi terhadap ciptaan bukan Tuhan, harus mencuba untuk mengubah dasar pemerintahan yang salah menjadi dasar yang benar, merebut kekuasaan kehakiman dan penguasaan dari tangan orang-orang yang tidak mempunyai rasa takut kepada Tuhan dan tidak terkawal, dan selanjutnya mengambil alih pimpinan dan pengawasan atas hambahamba Tuhan, mengendalikan pemerintahan sesuai dengan hukum-hukum Tuhan dan dengan kepercayaan akan tanggungjawab dan perhitungan di akhirat, separti halnya kepercayaan bahawa Tuhan mengetahui hal-hal yang tidak terlihat secara zahir.

Usaha dan perjuangan separti ini adalah JIHAD.

PEMERINTAHAN: TUGAS YANG SUKAR

Akan tetapi semua orang tahu, betapa hebatnya kekuasaan itu. Fikiran untuk memperolehinya sahaja boleh menyemarakkan api kerakusan dalam hati manusia. Hawa nafsu sepatutnya akur, apabila kunci perbendaharaan dunia berada di tangan kita dan semua orang berada dalam kekuasaan kita, maka kita akan boleh memerintah separti seorang dewa dengan sesuka hati kita. Tidaklah begitu sukar untuk memperolehi kekuasaan pemerintahan. Yang sukar adalah mencegah diri sendiri dari bartindak separti Tuhan setelah memperolehi kekuasaan, dan bekerja sebagai hambaNya. karena itu, apa gunanya apabila setelah menggulingkan seorang Fir'aun, anda sendiri lalu menjadi Fir'aun pula? karena itu, sebelum menyuruh anda melaksanakan tugas yang berat itu, Islam menganggap perlu untuk mempersiapkan anda menghadapinya. Anda tidak punya hak untuk bangkit menuntut pemerintahan dan berperang dengan seluruh dunia sebelum anda membersihkan hati anda dari sifat mementingkan diri sendiri dan menuruti hawa nafsu, sebelum anda menumbuhkan dalam diri anda kesucian fikiran bahawa perjuangan anda bukanlah untuk kepentingan peribadi atau nasional, tetapi semata-mata karena Tuhan, dan untuk melakukan reformasi terhadap makhluk-makhluk Tuhan. Fikirkanlah, sebelum kemampuan ini menjadi teguh dalam diri anda setelah memperolehi kekuasaan, anda tidak akan mengikuti kemahuan anda sendiri, tetapi akan dengan teguh mengikuti hukum Tuhan. Kenyataan bahawa anda telah memasuki Islam dengan membaca Kalimah Syahadah tidaklah berarti Islam telah memberi hak kepada anda untuk menyerang makhluk Tuhan dan, dengan nama Tuhan dan UtusanNya, anda melakukan kejahatankejahatan separti yang dilakukan oleh para penindas dan pemberontak-pemberontak terhadap Tuhan. Sebelum anda diberi tugas untuk melaksanakan pekerjaan yang amat besar tanggungjawabnya itu, Islam menganggap perlu untuk menumbuhkan dan mengembangkan dalam diri anda kekuatan yang cukup untuk memikul beban tersebut.

'IBADAT: SUATU LATIHAN

Solat, puasa, zakat dan haji sesungguhnya dimaksudkan untuk persiapan dan latihan ini.
Sebagaimana halnya setiap negara di dunia memberikan latihan khusus kepada warga negaranya untuk dijadikan tentera, polis dan pegawai sivil dan kemudian mempergunakan mereka.

Demikian pula din Allah (Islam) juga pada mulanya memberikan latihan dalam bentuk ibadat kepada orang-orang yang mendaftarkan diri untuk mengabdi kepadaNya. Setelah itu Islam mempekerjakan mereka untuk jihad dan pemerintahan Ilahi. Perbezaannya adalah bahawa pemerintah-pemerintah dunia merekrut tentera dan pegawainya tanpa menuntut persyaratan-persyaratan keluhuran moral, ketaqwaan, dan rasa takut pada Tuhan. karena itu negara-negara dunia itu hanya mempekerjakan orang-orang tersebut sebagai pekerja-pekerja rutin, walaupun mereka mungkin adalah orang-orang yang suka melacur, pemabuk-pemabuk, dan penipu-penipu yang bukan kepalang.

Sebaliknya, karena pekerjaan yang akan diberikan kepada hamba-hamba Allah adalah seluruhnya bersifat moral, maka Islam menganggap jauh lebih penting untuk menjadikan orang-orangnya bersifat soleh dan taqwa daripada sekadar pekerjapekerja rutin .Sesungguhnyalah, Islam bertujuan mengembangkan kekuatan sebesarbesarnya dalam diri mereka hingga apabila mereka bangkit dengan tuntutan untuk menegakkan kekhalifahan Tuhan di muka bumi, mereka benar-benar membuktikan diri berhak atas tuntutan itu. Apabila mereka berperang, tujuannya tidak boleh untuk memperoleh harta benda untuk diri mereka, Tetapi haruslah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah dan untuk kebaikan dan kesejahteraan makhlukNya. Kalau mereka menang, mereka tidak boleh bangga, sombong dan besar kepala. Sebaliknya, mereka harus bersujud syukur kepada Tuhan. Apabila mereka menjadi penguasa, mereka tidak boleh memperbudak rakyat. Justeru, sebagai hamba-hamba Tuhan sendiri, mereka tidak boleh membiarkan orang lain menjadi hamba sesiapa pun selain Allah. Apabila mereka memegang kekuasaan ke atas harta benda kekayaan di bumi, mereka tidak boleh memenuhi poket sendiri atau poket sanak kerabat dan kelompok mereka sahaja, tetapi haruslah mereka membahagikan anugerah Tuhan dengan adil di antara semua hambahambaNya.

Dan separti seorang bendahara yang dipercayai, mereka haruslah bekerja dengan kesedaran bahawa ada yang mengawasi mereka setiap waktu dan dalam setiap keadaan, dan bahawa kepada siapa mereka harus mempertanggungjawabkan setiap sen harta yang mereka urus. Untuk latihan-latihan separti ini, tidak ada cara yang mungkin sama kecuali dengan melakukan ibadat-ibadat tersebut.

Dan ketika Islam telah mempersiapkan orang-orangnya dengan cara demikian, maka ia mengatakan kepada mereka; "Sekarang kalian telah menjadi hamba-hamba Tuhan yang paling soleh di muka bumi. karena itu majulah ke depan dan berperanglah, dan singkirkanlah orang-orang yang selalu berusaha menghalangi agama Allah yakni Islam"

"Kalian adalah ummat terbaik yang dilahirkan untuk (membimbing dan memperbaiki) manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah...." (Al-Qur'an, All 'Imran, 3 : 110).

PEMERINTAHAN YANG BAIK DI TANGAN ORANG-ORANG YANG BERTAQWA KEPADA ALLAH.

Anda boleh membayangkan betapa istimewanya keadaan negara yang tenteranya, polisnya, pejabat-pejabat kehakimannya, pegawai-pegawai pajaknya, dan semua pegawai negerinya terdiri daripada pejabat-pejabat dan pekerja-pekerja yang sabar dan takut kepada Tuhan.

Di mana semua peraturan-peraturan dan undang-undang negara disusun berdasarkan petunjuk yang diberikan oleh Allah, tidak ada sedikit pun ketidakadilan dan kejahilan, dan di mana dilakukan pencegahan yang tegas dan keras terhadap setiap kejahatan dan kemungkaran, dan pemerintah selalu siap untuk mengembangkan kesolehan dan ketaqwaan di segenap kekuatan dan sumber materialnya.

Kemudian apabila anda berfikir sejenak, anda akan memahami bahawa apabila pemerintahan yang separti ini berfungsi lalu meluruskan dan membersihkan kebiasaan buruk masyarakat, menutup semua pintu perlanggaran hukum dan kegelapan, tingkah-laku yang tidak senonoh, penindasan, ketidakpatuhan, ketidaksopanan dan segala bentuk keruntuhan moral, menghapuskan segala macam pendidikan dan latihan-latihan yang salah, memperbaharui pemikiran-pemikiran rakyat melalui sistem pendidikan dan latihanlatihan yang sihat; dan apabila di bawah lindungannya rakyat memperolehi kesempatan hidup dalam iklim keadilan dan kejujuran yang suci dan bersih, kedamaian dan ketenteraman, sifat-sifat yang baik dan bartingkah-laku yang baik, maka mata mereka — yang telah dibutakan oleh penderitaan yang panjang di bawah kekuasaan orang-orang jahat dan tidak mempedulikan Tuhan — sedikit demi sedikit akan terbuka terhadap kebenaran dan penghargaan terhadapnya.

Hati mereka yang berkarat, karena keruntuhan moral yang melanda selama berabad-abad, akan menjadi bersih dan berkilau separti kaca, dan layak untuk menyerap sinar kebenaran dan memantulkannya kepada orang-orang lain. Di saat itu tidak sukar bagi rakyat untuk memahami kenyataan yang sederhana ini, iaitu sebenarnya hanya Allahlah Tuhan mereka, dan bahawa tidak ada seorang pun yang berhak menguasai mereka, dan Rasuhillah saw, adalah rasul yang membawa hukumhukum yang benar dari Allah kepada ummat manusia. Hal-hal yang tampaknya sekarang sangat sukar diterapkan ke dalam fikiran rakyat akan secara automatik meresap ke dalam fikiran mereka.

Hal-hal yang sekarang tidak boleh diterangkan melalui ceramah dan buku-buku yang mudah mereka fahami, seakan-akan tidak ada komplikasi sedikit pun di dalamnya. rakyat yang melihat perbezaan antara apa yang terjadi di negara-negara yang dikuasai oleh hukum-hukum buatan manusia dengan situasi di negara yang diatur menurut sistem Ilahi Mereka akan mudah menyatakan kepercayaan mereka kepada keesaan Tuhan dan kebenaran Rasulullah saw, dan susah untuk menolaknya.

Keadaannya adalah separti keadaan yang memudahkan orang untuk memilih mawar daripada duri, setelah merasakan perbezaan antara keduanya. Di waktu itu, akan diperlukan kedegilan yang luar biasa untuk menolak kebenaran Islam dan tetap berpegang pada kekafiran dan atheisme, dan mungkin hanya akan ada lima atau sepuluh dari seribu orang yang akan memperlihatkan kedegilan yang luar biasa separti itu.

Saudara-saudara

Saya harap sekarang anda telah benar-benar memahami tujuan diwajibkannya solat, puasa, zakat dan haji. Selama ini anda mengira, dan telah salah mengarti, bahawa amalan-amalan tersebut sama dengan 'ibadat-'ibadat dalam agama Hindu: setelah dikerjakan, Tuhan akan senang dengan kita, dan habis di situ sahaja.

Tidak pernah selama ini diterangkan kepada anda bahawa 'ibadat-'ibadat tersebut adalah persiapan-persiapan untuk menghadapi suatu tugas yang besar. karena itu, selama ini anda telah melaksanakan 'ibadat-'ibadat tersebut tanpa menyedari adanya tujuan yang harus anda capai dengannya, dan tidak pernah terlintas dalam fikiran anda untuk bersiap-siap menghadapi kerja besar yang menjadi tujuan diwajibkannya 'ibadat-'ibadat tersebut.

Tetapi sekarang saya memberitahu anda bahawa semua 'ibadat-'ibadat yang dilakukan oleh orang yang tidak mempunyai niat untuk berjihad dalam hatinya, dan yang tidak mengingati tujuan jihad ini, tidaklah ada artinya. Kalau anda mengira bahawa dengan 'ibadat-'ibadat yang tidak berarti itu, anda boleh memperolehi redha Tuhan, maka di saat anda pergi menghadap-Nya, anda akan melihat sendiri sejauh mana amalan-amalan tersebut mendekatkan anda kepadaNya.